Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran
matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity
kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion
sehari!!. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang
dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini
ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai
contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).
Pertukaran asing (foreign exchange atau forex)
berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia
merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang
antara negara yang melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia
selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan. Merupakan pasar
terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion
pada hari pasaran dibuka.
Mata wang terbahagi kepada 2 iaitu Utama dan Kecil (minor).
Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP,
CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama
iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara
besar-besaran.
Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara
berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan
mestilah ada beli dan jual. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD
jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD
(dolar AS).
Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan
keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam
masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak
dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak
mempunyai pengetahuan yang cukup.
Istilah Forex ~~~~
Quote Kadar matawang yang terdiri daripada 2 nilai
iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer).
Nilai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga
antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang
lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader). Marketiva
menggunakan Bid/Offer.
Pip (point) Setiap pergerakan naik atau turun dikira
sebagai unit pip atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita
menggunakan 50.00USD sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka
setiap satu pip yang diperolehi membawa nilai 0.50USD. Sekiranya satu
posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pips, maka
nilai keuntungan dalam unit USD ialah 5.00USD.
Posisi Long (Buy) Ini adalah posisi trader membeli
suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali
pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan
dari nilai pasaran yang naik.
Posisi Short (Sell) Ini adalah posisi trader menjual
suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali
pada harga yang lebih rendah bagi mengaut keuntungan. Kerana itu, trader
mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.
High, Low, Open & Close High – rekod harga
tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Low –
rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang
(semasa) Open – harga permulaan trade pada hari itu Close – harga
penutup trade pada hari itu
Market Order Bermaksud, membeli pada harga
(ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada
harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD
menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid) dan anda meletakkan posisi BUY
ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada
harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target Profit (TP) sebanyak 8
pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8 pips keuntungan.
Begitulah sebaliknya.
Stop Order / Limit Order Buy limit kalau anda hendak
price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy. Buy stop kalau anda
hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy Sell limit
kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell. Sell stop kalau
anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.
Available Margin Jumlah bersih baki yang masih ada
dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah
untung (-rugi). Available Margin = Equity (modal) – Used Margin +
Profit(-loss)
No comments:
Post a Comment